CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 3, 2010

Sambut Tahun Baru 2010



Kami buat makan-makan sebelum tahun baru. Kami buat selepas balik dari kerja. Balik jer dari keje terus gi cari barang untuk wat barbeqeu. Kami gi pasar basah cari ayam, daging, sotong, udang & kerang serta lain-lain barang sampingan.




Oleh sebab banyak barang yang kami beli...majlis kami tu lambat bermula. Selepas beli barang di pasar, kami terus pegi rumah Puan Siti bagi menyiapkan bahan-bahan untuk di bakar nanti kat rumah mak Puan Siti. Dalam sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk dibakar tu, sedar tak sedar dah pukul 9.30 malam. Anggaran waktu kami masa tu nak mula pukul 8.30 malam. Tapi terlewat 1 jam pulak.
Sampai jer kat rumah mak Puan Siti terus kami sediakan barang untuk bakar nanti. Suami Puan Siti dah sediakan tempat untuk barbeqeu tu. Jadi mudah la skit.
Banyak kami makan malam tu. Sampai kekenyangan yang teramat. Dalam pukul 11.30 malam majlis makan-makan kami tu pun selesai (sebab dah kenyang & mengantuk...hehehe..). Tapi masih banyak lagi belen yang tak di bakar & yang dah siap di bakar. Kami ader la jugak bawak balik sikit untuk makan kat rumah nanti.
Sebenarnya, ini lah pengalaman pertama aku buat barbeqeu dengan orang lain selain keluarga. Biasanya aku & keluarga akan buat ayam bakar jer... & sos yang akak buat sendiri ikut resepi sendiri.
Tapi dah lama kami tak buat makan-makan macam tu lepas akak yang sulung kawin. Sebab bila kami balik ader jer adik-beradik yang lain tak ader. Ader yang keje & belajar. Kadang-kadang akak tak dapat balik sebab abang ipar keje tak tentu masa.

0 comments: