CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 26, 2009

Buat Templet Untuk Active Guard


22hb-24hb Jun 2009

Kami buat templet active guard untuk tujuan promosi. Benda tak banyak tapi asyik ditambah je. Tu yang banyak keje tu. Asyik kene buka fail yang isi templet tu semula untuk isi yang baru lagi. Kami bekerjasama buat keje ni. Walaupun lain2 unit, tapi sikap saling bekerja sama antara kami sentiasa ada. Lagi pun time2 ni kitaorang dah tak banyak keje lagi. jadi boleh la tolong lina, enbahri & asraf buat keje. Lagi pun keje senang je. Stepler, soletip, & masuk kan templet dalam fail untuk diedarkan pada pengunjung yang datang masa pameran di PWTC nanti.
Eh.. lupe plak nak britau, pameran ni di buat di PWTS selama 3 hari iaitu bermula pada 24 Jun 2009 hingga 26 Jun 2009. Hari ni merupakan hari terakhir diorang buat pameran. Lagi satu, pameran ni untuk memperkenalkan barangan kawalan keselamatan untuk kegunaan pengawal dan pihak yang mengutamakan keselamatan diri serta harta benda yang berharga. Sekian..

Tuesday, June 9, 2009

Pekerja Semporna Security Service Sdn Bhd


Pekerja-pekerja Semporna Security Service Sdn Bhd sentiasa ceria walaupun kerja berlambak-lambak.

Unit Gaji sentiasa ceria tapi bila tiba waktu buat gaji semua muka macam rimau cari mangsanya. Bila waktu tu tiba jangan la ada yang kacau dan buat lawak bodoh kat kawasan tu nanti kene terkam dek rimau-rimau tu..he...he...he... Rimau kelaparan la katakan. Bila letak je makanan kat kawan tu terus kene sambar macam ribut..he..he..he..

Unit Invois sentiasa senyap je. bila ada keje melambak berjalan macam tak cukup tanah. Tapi bila dah tak ada keje...mula la bukak internet, edit gambar, chat dan lain-lain yang x berfaedah la..(tau-tau je la tak de keje...).

Unit HR sentiasa buzy memanjang terutama kak ida. buzy.... je memanjang. Kerani bawahan nyaer plak bila buzy nak tegur pun takut, tapi bila tak de keje dia berjalan tempat orang kacau orang plak. Tapi dalam buzy-buzy dia pun ada masa la jugak tangkap-tangkap gambar kenangan atau gambar curi orang lain buat keje.
Unit Operasi sentiasa buzy. Jarang ada kat ofis. Yang ada pun sorang untuk urus kan keje-keje ofis bila yang lain keluar buat keje. Tapi bila en.aziman masuk semua kecut perut sebab takut kene marah satu, lagi satu hal plak asyik kene panggil jumpe die je. Kejap-kejap panggil, kejap-kejap panggil. Sampai kitaorang dari unit lai yang dengar pun pening di buat nyer...hhmmmm....

Unit ISG pulak di tempat kan kat satu lagi blok ofis. Kitorang jarang bertemu dan bersembang-sembang dengan unit tu. Sebab kat blok lain la kan. Kalau ada yang mustahak je die orang akan ke sini, tu secara terpaksa. Hhhmmmm.....susah-susah.....

Puan kami baik. Kadang bila ada masa tu die blanje kami makan walau pun nasi lemak $0.50 sorang sebungkus...he..he..he..

Tuan Haji jarang masuk ofis. Asyik keluar outstation je... jarang dapt jumpe. Tapi kadang bila kami buat OT untuk buat keje die, kami akan dibelanje minum. Klu tak pun puan masak kan sesuatu untuk kami makan...masakan puan sedap...yum-yum....

Terlupe plak en bahri, orang nye baik. Tapi suke buat lawak. Bila kitaorang bersembang die suke menyampuk. Tapi bila bab komputer die la yang paling terer...he..he..he..

Percutian Bersama-sama Teman




Percutian bersama-sama dengan teman-teman memang menyeronokkan. Terutama sekali dengan teman rapat. Kami pergi bercuti bersama-sama dengan penuh keseronokan. Selain dapat merapatkan hubungan persahabatan kami juga dapat merehat fikiran dari beban di tempat kerja. Pada hari minggu la untuk kami bersama berehat dan bercuti-cuti.